PRU13: PAS mahu lawan Najib di Pekan...Ikutlah Sapa Sapu Pun ANWAR/Hj Hadi Pun Boleh Kalau Nak Datang..

PAS Pahang mempertimbangkan untuk mengambil semula kerusi Parlimen Pekan yang "dipinjamkan" kepada PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan kemenangan kekal milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada pilihan raya lalu PKR meletakkan Khairul Anuar Ahmad Zainudin menentang Najib yang mempunyai pengaruh besar di Parlimen Pekan.Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu akan mengambil semula kerusi tersebut sekiranya mempunyai calon yang baik untuk menentang Najib."Kalau ikutkan ia kerusi PKR tapi kita akan meneliti calon PKR di sana."PAS akan ambil semula kerusi itu jika kita mempunyai calon yang berwibawa. Kita mungkin akan ambil semula kerusi itu tapi kita akan lihat pada perbincangan nanti," Pada PRU 2008, Najib yang bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan undian sebanyak 36,262.Sementara Khairul Anuar hanya memperoleh 9,798 undi.Peluang Pakatan Rakyat (PR) di Pahang 50-50 Tuan Ibrahim turut mengakui peluang PR yang dianggotai PAS-PKR-DAP untuk menang di Pahang tidak mudah.Namun beliau berkata perkara itu tidak mustahil untuk berlaku berikutan perubahan politik yang berlaku sejak PRU 2008 Kita masih letakkan harapan akan terus berlaku perubahan politik di Pahang. Peluang kita 50 peratus dan kita turun sebagai sebuah parti yang boleh diberi kepercayaan rakyat."PAS pada PRU lalu bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PKR dan DAP masing-masing 13 kerusi dan tujuh kerusi daripada 42 yang ditawarkan.Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menyaksikan DAP dan PAS memenangi dua kerusi sementara PKR gagal memperoleh sebarang kerusi.Namun PKR berjaya memenangi dua kerusi Parlimen melalui Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan dan Azan Ismail di Parlimen Indera Mahkota - PAS dan DAP tidak memenangi kerusi Parlimen. Perbincangan kerusi sudah selesai Tambah Tuan Ibrahim, perbincangan kerusi di Pahang sudah selesai dan menurutnya perubahan kerusi turut berlaku. "Kita sudah berbincang, mungkin ada perubahan kerusi seperti pertukaran kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat. "Ada yang mengekalkan status quo dan ada yang berlaku pertukaran. Kita akan mengadakan pertemuan terakhir dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana