PKR Pahang: Tiada istilah 'kerusi pinjam'Padan Muka PAS Cakap Main Sedap Mulut Saja

PKR Pahang menegaskan tiada istilah 'kerusi pinjam' di negeri itu seperti mana yang didakwa Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Pengerui PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mendedahkan isu pembahagian kerusi kepada media terutamanya media arus perdana.Bagaimanapun tegas Fauzi, pihak bersedia mengadakan perbincangan dengan PAS Pahang sekiranya parti itu mahu bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. "Kalau nak (kerusi Parlimen Pekan) tak perlu beritahu orang ramai, bincang dengan PKR Pahang sahaja. Mengapa perlu buat kenyataan terbuka? "Kita akan mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu ini dan agenda pembahagian kerusi ada dalam mesyuarat itu. Kita tiada masalah dengan PAS dan DAP...tiada istilah kerusi pinjam bagi PKR Pahang,"Semalam Tuan Ibrahim berkata parti itu mempertimbangkan untuk mengambil semula kerusi Parlimen Pekan yang "dipinjamkan" kepada PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan kemenangan kekal milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Pada pilihan raya lalu PKR meletakkan Khairul Anuar Ahmad Zainudin menentang Najib yang mempunyai pengaruh besar di Parlimen Pekan.Najib yang bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan undian sebanyak 36,262. Sementara Khairul Anuar hanya memperoleh 9,798 undi.Tambah Fauzi, PAS Pahang tidak sepatutnya mementingkan jumlah kerusi yang mahu ditandingi sebaliknya memikirkan kepada usaha untuk kemenangan PR di negeri itu. MASING MASING MAHU BERTANDING PAS DENGAN PASNYA PKR DENGAN PKRNYA...CAKAP SEMUANYA TAK SERUPA BIKIN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana