PKR gesa Khalid tunaikan janji geran RM300 j.....Perghhhh Banyak tuuuu

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid meminta Geran SelangorKu berjumlah RM300 juta dibelanjakan sebelum akhir Jun ini. Katanya, janji yang telah diberikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus ditunaikan dengan segera berikutan tempoh tamat perbelanjaan semakin hampir. Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perincian perbelanjaan geran SelangorKu RM300 juta yang telah digunakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat Selabngor. “Tan Sri Khalid Ibrahim bertanggungjawab sepenuhnya dalam MBI dan apabila disasarkan untuk tempoh tiga bulan penggunaan dana tersebut, adalah lebih baik menggunakannya untuk seperti yang ditetapkan.“Jadi saya rasa adalah lebih baik biar Tan Sri komen sendiri kerana jawapan itu ada pada dia. Sebab RM300 juta dimaklumkan akan disalurkan maksimum hingga akhir Jun ini,”November tahun lalu, kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan “Geran SelangorKu” yang akan digunakan pada tahun 2012 untuk faedah rakyat di negeri itu. Bagaimanapun sehingga kini keberkesanan program tersebut dipersoal oleh rakyat yang mahukan Menteri Besar itu menunaikan janji untuk membelanjakan geran tersebut untuk manfaat rakyat. Tambahan lagi kerajaan negeri sebelum ini gah menguar-uarkan mekanisme tersendiri untuk memastikan peruntukan RM300 juta bagi Geran Selangorku berjaya disalurkan kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana