PERKASA Balun Kaw Kaw Nik Aziz bukan 'ulama berdarjat tinggi'...Sabar ler

PERKASA) menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "ulama berdarjat tinggi" yang boleh menentukan nasib sesebuah parti politik menggunakan hujah agama.Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata status Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sama seperti Mursyidul Am TIBAI."Seperti biasa Nik Aziz fikir dia masih ulama yang tinggi darjat dan apa fatwa atau hujah dikeluarkan semuanya itulah kehendak Islam yang betul. "Tapi sebenarnya Nik Aziz tak ada beza tarafnya dengan Mursyidul Am TIBAI dan rasanya Mursyidul Am TIBAI mulia dari Mursyidul Am PAS sebab menolak (Datuk) Ambiga (Sreenevasan), LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual) dan meninggalkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang semakin sesat perjuangan dengan terus bercelaru akal fikiran sehingga menyamatarafkan Islam dengan agama lain," katanya kepada AntaraPos.com.Justeru beliau menyifatkan Nik Aziz sebenarnya yang sudah terpesong akidah."Lain pula dengan Mursyidul Am PAS yang berkawan dengan Ambiga. Boleh bagi duit kepada ahli PAS supaya membantu Ambiga untuk Bersih 3.0 dan semakin mantap serta erat dengan Anwar Ibrahim yang dulu PAS sendiri menggelar ketua pembangkang itu al-Juburi. "Apakah perlu terima lagi Nik Aziz punya hujah yang mendakwa Umno terpesong akidah? Siapa yang sebenarnya terpesong akidah?," katanya. Sebelum ini Nik Aziz berkata Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak. Bagaimanapun kenyataan Nik Aziz itu dibidas pemimpin Umno yang menyifatkan dakwaan BN kini berada dalam zon bahaya adalah tidak relevan dan sudah apuk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana