Peniaga dakwa tertipu Skim Mesra Usia Emas agenda 'Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor'

Ini luahkan seorang peniaga kedai dakwa tertipu Skim Mesra Usia Emas...Malang nasib seorang peniaga mi dekat sini apabila dia bukan sahaja kehilangan ibu tersayang tetapi berasa tertipu dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu antara agenda 'Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor' yang telah diperkenalkan oleh pakatan pembangkang. Ini kerana dakwa Yee See Wang, 47, dia sepatutnya menerima manfaat khairat kematian ibunya sebanyak RM2,500 seperti dijanjikan kerajaan negeri Selangor sebelum ini, namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Menurut See Wang, segala-galanya terbongkar apabila dia mahu menuntut wang tersebut selepas kematian ibunya September lalu. "Saya daftar nama ibu ketika skim itu dilancarkan pada 2008, malangnya ketika mahu menuntut wang di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Kembangan September lalu, saya hanya diberikan RM1,000 bukan RM2,500 seperti dijanjikan," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini. Apa yang menghairankan, katanya, pembantu ADUN tersebut telah mengambil gambarnya bersama sampul wang tersebut di hadapan logo 'roket' sebelum berjanji akan memberikan baki sumbangan tersebut dalam tempoh 60 hari. "Sampai sekarang saya masih menunggu walaupun sudah sembilan bulan berlalu. Banyak kali saya menghubungi mereka, malah saya ke pejabat ADUN tersebut tetapi hanya diberitahu Menteri Besar akan beri dalam masa terdekat," katanya. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book memberi tempoh dua minggu kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dari DAP untuk memberi penjelasan terhadap isu itu. "Saya minta beliau segera tampil memberi penjelasan kepada rakyat negeri Selangor mengapa janji dalam manifesto pakatan pembangkang gagal dilaksanakan? Sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada beliau, kami akan mengambil tindakan susulan," katanya. Beliau turut melahirkan keraguan dengan proses SMUE yang dibayar secara tunai dan berperingkat-peringkat, bukan menggunakan cek sebagai bukti pembayaran. "Mengapa pembayaran secara tunai? Saya juga hairan mengapa gambar penerima harus dirakamkan di hadapan logo parti sedangkan dana datang dari kerajaan negeri, persoalan saya adakah ini dikatakan kerajaan telus,'' katanya. Mengulas lanjut, Theng Book mendakwa menerima aduan yang sama beberapa kali sebelum ini, namun kebanyakan mangsa enggan tampil membuat kenyataan terbuka kerana bimbang langsung tidak mendapat sumbangan. "Saya minta semua yang menjadi mangsa permainan politik kerajaan negeri ini tampil atau hubungi kami di talian 03-7957 4211 supaya kami boleh mengambil tindakan terhadap mereka," PEMBOHONG YANG NYATA DAN JELAS TERHADAP RAKYAT SELANGOR DIKATAKAN AKAN MEMBERI manfaat khairat kematian ibunya sebanyak RM2,500.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana