Penganalisis: Transformasi faktor BN akan menang

Program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai salah satu faktor yang akan menentukan kejayaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Penganalisis politik Dr Maszlee Malik berpendapat, rakyat tidak perlu khuatir tentang kerajaan bertukar tangan jika penilaian dibuat berdasarkan perkembangan yang dicapai negara menerusi pentabiran BN. "Macam sekarang ini kita lihat di zaman transformasi ini, ketakutan Tun itu tak berasas lagi lah,"Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyuarakan kegusaran kemungkinan wujud penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya gabungan itu menang dalam pilihan raya umum kelak. Tambah beliau perkaa yang harus diberi tumpuan kali ini oleh mana-mana parti politik adalah pengundi atas pagar yang mencatatkan bilangan besar. "Saya rasa apa pun yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ataupun Barisan Nasional (BN), keputusan yang akan menentukan kemenangan ialah golongan floating voters (pengundi atas pagar) yang bilangannya antara 30 hingga 40 peratus. "Jadi bagi pengundi atas pagar ini, di hari pengundian lah mereka akan buat keputusan. Jadi apa pun yang dilakukan oleh BN dan PR, yang akan menentukan nasib kedua-dua parti ini adalah pengundi atas pagar. "Jadi mereka perlulah lakukan sesuatu yang kreatif sesuai dengan peredaran zaman bagi meyakinkan golongan ini," katanya. Sementara itu, Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff pula berpendapat tidak timbul isu kerajaan mana yang boleh mentadbir lebih baik sebaliknya keupayaan diukur melalui ketelusan pentadbiran kerajaan itu sendiri. "Saya rasa bukan isu BN menang atau Pakatan menang, ia bergantung kepada sejauh mana sesuatu kerajaan itu telus dengan pentadbirannya. "Mana-mana kerajaan akan ada kelemahan masing-masing, sebab tak boleh kawal semua. Cuma macam mana cara dia mengambil tindakan untuk memastikan supaya ia (penyalahgunaan kuasa) tidak berterusan dan mengambil tindakan yang wajar (untuk atasi) terhadap mereka yang bersalah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana