Pembangkang Masih Mimpi Di siang Hari

Kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa pembangkang sudah selamat di 105 kerusi Parlimen dan hanya kurang enam kerusi untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah, tidak lebih daripada sekadar untuk menyedapkan hati penyokong kerana hakikatnya kedudukan pembangkang ketika ini amat goyah.Di kalangan pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas, DAP dan PKR, mereka masih gagal untuk membentuk satu persefahaman. Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri dan matlamat yang berbeza-beza.
Dalam banyak perkara, mereka masih gagal mencapai persetujuan dan berbeza pendapat serta pandangan.Malah penganjuran Bersih 3.0 memberikan satu tamparan hebat kepada pembangkang apabila penganjuran dan matlamatnya mula dipertikaikan oleh rakyat. Isu penganjuran Bersih 3,0 ini juga talah banyak membuka mata rakyat Malaysia terutama tentang kenyataan-kenyataan serta sokongan terbuka pemimpin PAS sedangkan penganjurannya bukan sahaja jauh menyimpang daripada norma-norma hidup tetapi juga bertentangan dengan ajaran agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS.Kalangan majoriti rakyat juga sudah semakin sedar akan tembelang dan pembohongan mereka. Peningkatan sokongan rakyat terhadap kerajaan hasil kejayaan beberapa program transformasi yang banyak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara, menjadikan pembangkang kini tersepit kerana dilihat sekadar pandai berjanji.Untuk menutup segala masalah, mereka merangka beberapa strategi untuk menggambarkan kepada majoriti rakyat negara ini bahawa kehadiran mereka masih relevan. Jadi apabila timbul semula isu lompat parti dan apa yang didakwa oleh PKR bahawa beberapa orang pemimpin BN di Sabah akan berpaling tadah untuk menyertai mereka, ia tidak lebih daripada sekadar strategi lapuk PKR untuk mencetuskan suasana keliru di mata umum sedangkan beberapa individu yang dikaitkan dengan isu tersebut bukan sahaja menafikannya tetapi menganggap tindakan PKR membangkitkan isu tersebut menunjukkan mereka kini sebenarnya cukup terdesak dan tersepit.

Comments

Anonymous said…
SLM ZIARAH BRO..TERLEBIH DULU NAK MINTAK MAAF KERANA BLOG SAYA ADA MSLH TEKNIKAL YG BERPUNCA DARI SYKT GOOGLE YG BYK BIROKRASI DI MANA TAK DAPAT DI LINK KE BLOG BRO DAN SAHABAT2 LAIN YG MINTAK DI LINKKAN SEBELUM NI. GOOGLE BERITAHU FOLLOWER SAYA DAH MELEBIHI DARI 300. SAYA CUBA REMOVE BLOG YG TAK BEROPERASI UTK LINK BLOG BARU PUN TAK BOLEH. BAGAIMANAPUN SAYA DAH LETAKKAN SENARAI BLOG BRO YG HEBAT DI RUANGAN PEJUANG KAMIKAZE 3

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana