Pelawak Osman Kering kritikal..Tapi Masih Ada Keluar Kenyataan Beliau Sudah Meninggal...Berdosa Tu
KUALA LUMPUR 11 Jun - Pelakon dan pelawak, Osman Kering berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit komplikasi paru-paru dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini.
Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, dimasukkan ke hospital itu pada pukul 6.45 petang ini selepas rebah di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri, Cheras akibat sesak nafas dan batuk kering.
Isterinya, Che Norhayati Che Omar, 48, mengesahkan perkara itu sekali gus menolak dakwaan dan khabar angin mengatakan bahawa suaminya telah meninggal dunia.
"Menurut doktor, keadaannya masih kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Terdapat kebocoran pada paru-parunya dan doktor masih mengawasi situasinya dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui di HUKM hari ini.
Comments