Pecat Faekah : Khalid terus pertahan SETPOLnya

Seperti dijangkakan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan setiausaha politiknya Faekah Husin biarpun pelbagai kempen dilakukan bagi memecat Faekah. Khalid Ibrahim bagaimanapun hanya mampu menyifatkan segala kritikan dan desakan tersebut sebagai ‘kebenaran, kadang-kadang memang menyakitkan’. "Dalam politik, terdapat orang-orang yang merasakan bahawa Faekah agak agresif. Dia melakukan tugasnya kepada saya, kepada negeri ini dan juga kepada Pakatan (Rakyat) dengan menerangkan kebenaran. Tetapi kadang-kadang, kebenaran menyakitkan."Jadi, saya fikir ada orang yang merasakan bahawa Faekah tidak boleh terlalu terbuka tetapi ini adalah selaras dengan dasar ketelusan kami. Akauntabiliti dan kecekapan," katanya yang terus mempertahankan Faekah. Sebelum ini, kempen melalui akaunTwitter dengan menggunakan #kami sayangkanPKR dilihat terus mendapat sambutan banyak pengikutnya yang mahukan setiausaha politik tersebut dipecat dengan segera. Pelbagai luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati timbul akibat daripada kuasa yang diberikan kepada pengeluaran di bawah Geran Selangorku dan program pembangunan untuk rakyat Selangor yang diuruskan oleh Menteri Besar Incorporated. Malah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini turut mengesahkan terdapat banyak aduan tentang Faekah dan tidak menafikan tentang rungutan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana