
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di atas pentas debat perdana 19 Jun ini.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, tajuknya masih lagi dibincangkan peringkat akhir sebelum diumumkan penganjur dalam masa terdekat.
Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.Pertemuan dua tokoh politik tersohor ini dijangka mampu meneruskan siri percambahan minda dan idea rakyat yang mengikuti perkembangan politik di negara ini.
Debat yang menawarkan penyertaan penonton yang terhad kepada 350 kerusi itu akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 16, Shah Alam.
Comments