NIZAR Mohon Mengadap: Sultan Johor Serahkan Kepada Jemaah Majlis Diraja Johor Untuk Putuskan...Habislah NIZAR

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, baginda akan menyerahkan kepada budi bicara Jemaah Majlis Diraja Johor untuk memutuskan sama ada perlu menerima mengadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.“Mereka (Jemaah Majlis Diraja Johor) adalah penasihat saya…saya akan mendengar nasihat anggota majlis berhubung hasrat Datuk Seri Nizar untuk datang mengadap saya dan memohon maaf berhubung isu WWW1. “Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya ialah janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda. Menurut Sultan Ibrahim lagi, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan “setiap kebajikan yang saya buat juga tidak perlu diperbesarkan.” “Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan Negeri Johor…saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. “Jika dia hendak meminta maaf, mintalah kepada semua rakyat Johor bukan kepada saya seorang sahaja bak kata pepatah Melayu, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” titah baginda lagi.

Comments

Pembangkang ni bila nak jumpa Sultan atau Agung dia kena buat hal dulu.

Bila dah buat hal dapat lah jumpa tuanku.

Saja hobi suka minum dan makan free di istana.

Dia boleh minta maaf di akhbar atau apa media pun. Tidak perlu buang masa jumpa tuanku.

Apa yang nak di bincang. Ibarat sudah terang lagi bersuluh

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana