Nasihat Sultan Ibrahim Kepada Putera & Puteri Baginda

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menasihati putera-putera dan puteri baginda supaya jangan terlibat dalam sebarang kejadian yang boleh memalukan keluarga diraja Johor.Sehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim telah menasihati putera-putera dan puteri baginda agar sembah dan mendapatkan kebenaran daripada Tuanku Sultan sebelum keluar dari negeri Johor.“Saya telah menasihati anak-anak saya supaya mendapatkan kebenaran sebelum ke Kuala Lumpur atau pun Singapura kerana mereka boleh sentiasa sahaja terdedah kepada provokasi atau mungkin ada yang cuba mencari masalah dengan melakukanprovokasi,” titah baginda dalam temuramah eksklusif dengan mStar Online dan The Star di Istana Pasir Pelangi di sini baru-baru ini.
Sultan Ibrahim menasihati putera-putera dan puteri baginda agar sembah dan mendapatkan kebenaran daripada Tuanku Sultan sebelum keluar dari negeri Johor.

Titah baginda lagi, sekiranya mereka berada di dalam situasi yang boleh mendatangkan masalah, nasihat baginda ialah, segera meninggalkan tempat tersebut.Sepanjang temuramah itu, baginda Sultan menegaskan adalah tidak adil untuk pihak lain mengaitkan sesiapa sahaja dengan gelaran “Tengku” atau “Tunku” yang terlibat dalam pergaduhan atau sesuatu yang tidak elok dengan keluarga diraja Johor.“Adakah kami pencetus masalah? Kami bukan pencetus masalah. Saya sentiasa mengingatkan anak-anak saya supaya menghormati orang lain. Jangan terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memalukan keluarga diraja Johor. Orang mahu melihat kamu melakukan kesilapan. Jadi hindar dari segala provokasi dan masalah.“Tetapi itu pun saya sentiasa ingatkan pengawal keselamatan supaya jangan berkasar dengan orang awam tetapi mereka juga ada tanggungjawab dan peranan yang perlu dilakukan. Orang mungkin salah faham dan berasa iri hati. Sebab itulah saya sentiasa ingatkan anak-anak saya supaya jangan terlibat dalam sebarang situasi yang boleh mencetuskan masalah,” jelas baginda.

INSTITUSI RAJA-RAJA
Kepada satu soalan, Sultan Ibrahim menjelaskan, sama ada institusi raja-raja masih lagi relevan dengan era milenium ini perlulah dilihat dari konteks sesebuah masyarakat, negara, adat, budaya dan sejarah.
Sultan Ibrahim (dua dari kanan) kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh rakyatnya mengenai isu WWW1. Turut bersama baginda dalam perhimpunan itu, isteri Raja Zarith Sofiah (kanan) dan kedua puteranya Tunku Mahkota Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris.
BLOG
Sultan Ibrahim turut menyatakan pandangannya mengenai tulisan-tulisan yang muncul dalam laman blog dan internet mengenai beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan institusi raja-raja.
Titah baginda; “Sejak akhir-akhir ini, saya ada ikuti beberapa tulisan di dalam blog. Ada yang tulis perkara yang bukan-bukan. Tetapi nasihat saya ialah jagalah adab dan bahasa kita. Sesetengahnya menulis menggunakan bahasa yang tidak sesuai langsung untuk dibaca.”
Seterus Baca Kat Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana