Nak Kata "BODOH" Marah Tarikh pilihanraya: Bila Mahfuz Omar berlagak macam bos...

Hal seperti ini tidak berbangkit semasa pilihanraya umum yang lampau.Pembangkang kali ini nampak desperado sangat.Hak ekslusif bila hendak membubarkan parlimen adalah ditangan Perdana Menteri. PAS tahu,PKR tahu dan DAP tahu hakikat ini.Siapa saja jadi Perdana Menteri itulah kuasa yang termaktub dan ia tidak boleh dipersoalkan. Sebelum ini PAS main isu mahu jaminan dari Perdana Menteri pilihanraya umum tidak diadakan musim Haji. Timbalan Presidennya Mat Sabu dengan senang hati cop Datuk Seri Najib Tun Razak berdosa jika tidak bagi jaminan itu. Khamis semasa perbahasan di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Pokok Sena,Kedah,Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS melangkah setapak lagi. Beliau mendesak kerajaan supaya umum lebih awal bila pilihanraya umum hendak diadakan. Alasannya ia akan memudahkan rakyat merancang hidup mereka dan tidak terganggu kerana tidak tahu bila pilihanraya hendak diadakan. Bukan setakat itu malah Mahfuz sudah berlagak macam bos pakatan pembangkang memberi jaminan jika mereka berkuasa di Putrajaya pasti akan umum lebih awal tarikh pilihanraya. Nazri dalam jawapannya telah mencabar Mahfuz supaya umum bila Kelantan,Kedah,PUlau Pinang dan Selangor hendak bubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing hendak dibubarkan. Baginya tak guna cakap sahaja berdegar dalam Parlimen sebaliknya kena buktikan cakap serupa bikin dengan umum dulu pembubarkan dewan undngan negeri mereka. Mahfuz yang mati akal akibat cabaran Nazri itu terus bagi alasan bukankah SPR kata membazir wang jika pilihanraya negeri diadakan secara berasingan. Nazri menghentamnya lagi dengan berkata, " sejak bila pembangkang dengar cakap Barisan Nasional ( maksudnya cakap SPR)". Memang wajar Nazri cakap begitu kerana jika neger-negeri pembangkang nak umum bubar dewan negeri masing-masing ia boleh buat bila-bila masa. SPR hanya memberi pandangan dan nasihat mengenai perbelanjaaan besar dan sebaliknya kuasa bubar dewan negeri terletak ditangan Menteri Besar masing-masing. Sebelum itu semasa pengulongannya Nazri berkata kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. Katanya beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu. "Saya secara peribadi merasakan lima tahun bermakna lima tahun, jadi rakyat faham mereka akan mengundi wakil mereka selama lima tahun, saya juga boleh jadi catalyst (pemangkin) untuk kita cuba dapatkan lima tahun ini," katanya. Menurut Nazri berkata perkara itu juga boleh dibincang sekiranya ia memberi manfaat kepada negara memandangkan sistem Westminster di United Kingdom yang menjadi model kepada sistem Parlimen Malaysia baru-baru ini telah bersetuju untuk memastikan tarikh pilihan raya adalah selepas lima tahun. "Oleh kerana sistem kita mengikut Westminster, ia mungkin satu perkara yang boleh kita bincang dan kalau ia lebih memberi manfaat kepada negara untuk memastikan lima tahun itu maknanya lima tahunlah... dan tidak boleh dipanggil pilihan raya sebelum lima tahun. Ini boleh kita bincangkan untuk dilaksanakan," katanya. Beliau berkata bagaimanapun, bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen lebih awal, ia merupakan perkara dasar yang perlu dikaji terutama daripada aspek perundangan. "Tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanyalah menentukan tarikh pilihan raya umum apabila Parlimen bubar," katanya. Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang mencelah ketika penggulungan bertanya kepada Nazri bahawa jawapannya itu menggambarkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun depan. Nazri berkata untuk membubarkan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri terpulang kepada kerajaan sedia ada dan pembubaran Parlimen adalah hak Perdana Menteri untuk menentukannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana