Najib pertahan pemberian BR1M...bukan beri ikan untuk sehari

Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan sejam menjawab soalan-soalan menerusi chat NSTLIVE tengahari Selasa dimana beliau antara lain mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia bukanlah suatu jangkah jangka pendek ibarat hanya ' beri ikan untuk sehari' kepada golongan miskin. Perdana Menteri berkata kerajaan ada kemampuan untuk buat serentak langkah jangka dan jangka panjang. Katanya dari maklum balas yang diterima kerajaan mendapati usaha mengurangkan kos hidup adalah menjadi perhatian utama rakyat. Katanya langkah jangka panjang diambil menerusi menaikkan gaji kakitangan awam antara 7 hingga 13 peratus,pengenalan gaji minima untuk sektor swasta dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan dari Riaz yang ingin tahu dari membelanjakan wang memberi bantuan kepada golongan miskin kenapa tidak kerajaan belanja kepada pembangunan jangka panjang bagi pendidikan dan kesihatan. Katanya bagi wang kepada rang sama saja seperti beri mereka ikan untuk sehari. Kepada soalan dari All For The Road yang ingin tahu samaada kerajaan akan beri BR1M kedua dan samaada lebih dari RM 500 ,Najib menjelaskan beliau akan meniliti aliran tunai kerajaan untuk memastikan samaada mampu atau tidak sambil menjamin disiplin fiskal. Sesi chat itu diadakan di pejabat News Straits Time Press di Kuala Lumpur. Perdana Menteri bagaimanapun mengelak ketika dijolok mengenai bila hendak diadakan pilihanraya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana