Murad Khalid sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa....

Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki berhubung dengan pengendalian akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperoleh Bernama, mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu. Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa. "Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki." Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu.

Comments

Menurut TV3 SPRM menyatakan akan meneruskan penyiasatan seterusnya sekiranya wujud bukti bukti baru.

SPRM ni pemalas ke? Siapa yang patut cari bukti? Punya besar kes dia perlu tunggu bukti lagi? Bukan SPRM tugasnya menyiasat.

Kalau Mahkamah akan meneruskan perbicaraaan sekiranya ada bukti baru baru kena.

SPRM pun makan gaji buta sampai nak bersuap? Pergi lah gegar Bank Negara tu. Bila SPRM mula menyiasat tiada siapa pun boleh mengelak.

SPRM pasif tak reaktif. Gaji bulan bulan ambil lak.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana