MB: Selangor tetap jual tanah Unisel...Dasar BODOH Lah Tu

Meskipun Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menarik balik pembekuan pinjaman yang dikenakan ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel), namun menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan terus menjual tanah milik universiti itu. Katanya, dengan mengapungkan tanah Unisel yang dianggarkan bernilai RM30 juta, wang berkenaan akan dapat membantu pentadbiran Unisel yang sekali gus merintis program pendidikan percuma di Selangor. "Saya akan buat beberapa pengumuman tentang perkembangan Unisel tidak lama lagi kerana kita akan mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Unisel tidak lama lagi,"Bagaimanapun, tindakan ini memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri apabila di peringkat awal lagi Unisel dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) milik kerajaan negeri sendiri tidak dapat menyediakan pendidikan percuma kepada mahasiswanya. Ini sekali gus menunjukkan belang sebenar kerajaan Pakatan memainkan isu PTPTN hanya untuk meraih undi pada pilihan raya akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana