Lebih 10,000 murid di Selangor terima kemudahan tuisyen percuma....Alhamdulilah Janji mesti dikotakan

Kerja pembangkang hanya menabur janji, Barisan Nasional (BN) jugalah harapan rakyat untuk memperolehi berbagai kemudahan terutamanya kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.Petang Khamis, di Seri Perdana, rumah rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak, satu lagi janji pembangkang sebelum PRU ke 12 tahun 2008 di Selangor iaitu untuk memberikan tuisyen percuma dilaksanakan oleh kerajaan BN. Bagi tujuan tersebut sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.Program yang dijalankan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) merupakan projek perintis yang akan dikembangkan ke seluruh negara tidak lama lagi.Menurut Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom projek perintis tersebut dimulakan di negeri Selangor akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini."Program iTR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya.
Alimuddin berkata program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah, iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.Beliau berkata seramai 350 guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jummat."Matlamat Program iTR1M adalah untuk memberi bimbingan di luar waktu sekolah secara percuma kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah pelbagai kaum dan membantu mereka mengoptimumkan penggunaan "Netbook 1Malaysia" dan kemudahan ICT yang disediakan kerajaan," katanya.Alimuddin berkata di bawah program ini, calon UPSR menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah, sekolah dan pusat komuniti (Perpustakaan Desa, Pusat Jalur Lebar Komuniti dan medan Infodesa).Beliau berkata bagi calon PMR dan SPM, bimbingan secara konvensional di beberapa sekolah menengah terpilih diadakan dari pukul 3 hingga 5 petang, pada setiap Isnin, Rabu, dan Jumaat.Selain itu, beliau berkata calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia dan Fizik) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah."Seminar dan bengkel persediaan menghadapi peperiksaan yang akan diadakanjelang tarikh pepersaan," katanya.Sebelum itu, Perdana Menteri juga menemui kira-kira 200 golongan akademik terdiri daripada Profesor dan Profesor Madya IPTA seluruh negara.Dalam majlis sembang petang tersebut, PM mengulas mengenai janji pembangkang untuk memberikan pendidikan percuma.Katanya, tiada apa yang percuma, seseorang perlu membayar untuk tujuan tersebut."Pembangkang janji sahaja, mereka kata jika memerintah mereka hendak beri pendidikan percuma, tapi tidak pulak cakap dari mana duit untuk membayar segala kos itu, sebenarnya pembayar cukai, tuan-tuan yang perlu bayar, bukan percuma," kata beliau.Menurutnya, sekarangpun kerajaan telah memberikan subsidi kira-kira 90 peratus yuran pengajian di IPTA, dan pinjaman PTPTN yang dijadikan isu oleh pembangkang sebenarnya sudah banyak membantu pelajar kurang mampu ke universiti."Asasnya adalah kita beri pinjaman, mereka belajar, tamat pengajian, dapat pekerjaan dan bayar semula supaya orang lain pulak dapat kemudahan tersebut, pembangkang kempen suruh jangan bayar, amat tidak bertanggungjawab, hutan ini dalam Islam, kalau kita mati, waris kena bayar," kata beliau lagi.Dalam majlis kira-kira sejam setengah itu PM juga menerima memorandum tujuh perkara daripada wakil ahli akdemik tersebut. Turut hadir adalah Naib Canselor UiTM Prof Datuk Sr Sahol Hamid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana