Lajim Ukin sangkal khabar angin lompat parti...Mainan Blogger Pakatan Saja Tu

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menyifatkan dakwaan kononnya beliau mahu meninggalkan Umno hanya spekulasi.Beliau yang menyangkal khabar angin berkenaan berpendapat bahawa kelantangan dirinya menyuarakan permasalahan rakyat Sabah menyebabkan wujudnya berlaku tanggapan sedemikian."Saya tidak pernah beritahu saya akan tinggalkan Barisan Nasional. Ini (berita tersebut) cuma andaian kerana apabila saya bercakap seolah-olah macam pembangkang. "Saya hanya bawa suara orang Sabah. Rakyat Sabah mahukan penambahbaikan," kata Ahli Parlimen Beaufort itu ketika ditemui di persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurutnya lagi, tidak semestinya apabila beliau lantang bersuara menunjukkan yang beliau mahu meninggalkan parti.Namun begitu apabila ditanya wartawan apakah jawapannya itu muktamad, Lajim seolah-olah berteka-teki apabila menegaskan ianya belum muktamad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana