LAGI INGATAN PERKASA: Pembangkang Akan Guna Taktik Reformasi Jika Kalah PRU 13

PERKASA tidak menolak kemungkinan parti pembangkang akan melakukan taktik reformasi bagi mencetuskan huru-hara jika keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU13) lebih memihak kepada parti Barisan Nasional.
 
Naib Presidennya, Datuk Zulkifli Noordin berkata, tindakan pembangkang yang sering mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya akan memilih rusuhan sebagai jalan terakhir untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rusuhan boleh berlaku kerana mereka sering menanamkan persepsi SPR tidak telus dalam mengendalikan pilihan raya kepada rakyat.
 
“Saya juga percaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan menimbulkan kekecohan secara besar-besaran dengan melakukan demostrasi di jalan raya,”Pihak pembangkang mempertikaikan tugas SPR agar rakyat mempercayai bahawa apa juga keputusan pada PRU13 akan datang tidak benar.Pembangkang akan menduduki Dataran Merdeka dan beberapa lokasi strategik di Kuala Lumpur sekali lagi bagi mencetuskan rusuhan,”Usaha pembangkang untuk mencetuskan huru-hara mungkin sedang dirancang sebagai persediaan sekiranya mereka kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.
 
MEMANG DAJAL BETUL PEMBANGKANG UNTUK MEMBUAT RUSUHAN JIKALAU PEMBANGKANG KALAH PADA PRU UMUM NANTI.PIHAK BERKUASA HARUS BERSEDIA UNTUK MENAHAN MEREKA INI,SEBELUM TERJADI APA APA YANG TIDAK DIINGINI.BN TETAP MENANG DAN DIHATI RAKYAT....HIDUP UMNO....TAKBIRRRRRR

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana