Krisis di pejabat MB Selangor : hantu VS hantu...

Hebat cara pihak-pihak yang didakwa terlibat dalam krisis di pejabat Menteri Besar Selangor tiba-tiba cuba gambarkan semuanya OK dan business as usual.Jadi siapa gaduh dengan siapa? Maka keluarkan kenyataan dari bos PKR Selangor Azmin Ali mendakwa isu itu sengaja dimainkan UMNO dan menganggap parti tersebut terdesak kerana cuba melagakannya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sejak empat tahun lalu.Mudah saja jalan keluar...tuduh UMNO.Siapa agaknya orang yang bernama Shuhaimi Shafiei yang balun Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin kaw-kaw itu.Beliau secara terbuka dipetik berkata "tiba masanya untuk Ketua Umum (Anwar) melihat perkara ini."Apakah orang itu hantu jembalang tidak bertuan.Bukankah beliau orangnya yang berjawatan Ketua Penerangan PLKR Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda,Shah Alam.Sejak bila Suhaimi masuk UMNO?Ingat lagi amaran Suhaimi pasal isu Faekah ,"Ia langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah," Bukan rahsia lagi luah rasa Suhaimi terhadap Faekah dikongsi oleh sebilangan lagi ADUN dan pimpinan PKR Selangor.Kata orang tidak ada angin pokok tidak akan bergoyang.Kisah pergelutan kuasa dikalangan sesetengah pimpinan PKR Selangor dengan pejabat Menteri Besar sudah lama menjalar keluar dan menjadi bahan bualan.Kalau Ketua Penerangan PKR Selangor sendiri sudah bersuara secara terbuka begitu apa lagi yang hendak disorok.Timing perletakan jawatan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor juga mencuri perhatian sekalipun beliau cuba memberi alasan ia semata-mata kerana soal beban tugas.Setelah heboh bercakap mengenainya,Rafizi memberi alasan beliau ingin tumpu tugas tangani pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.Ini semua berlaku semasa kehangatan isu kalangan pimpinan PKR Selangor hendak 'mandikan' Fekah.Tidak lama dulu Khalid melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor kepada Azmin.Alasannya sama untuk tumpu tugas mentabir negeri.Cuba tanya mana-mana orang politik apa jadinya kepada seorang pentabir yakni Menteri Besar yang tidak ada kuasa politik.Seorang Menteri Besar tanpa jawatan pengerusi parti di negerinya ibrarat kata orang yang ' patah sayap terbang jua'.Kuasa politik itu penting dalam menyeleraskan dan memastikan segala tindak tanduknya berjalan lancar.BIla wujud keadaan bos politik lain...pentabir negeri lain,maka berbagai masalah pasti berbangkit.Namun seperti biasa,wayang pembangkang...macam-macam alasan boleh diberi untukcoverline.Azmin yang ditemui wartawan di Kota Bharu kelmarin steady sahaja kata beliau tidak mempunyai masalah dengan Menteri Besar Selangor.“Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat. Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.“Saya juga tidak tahu wujudnya Kelab Azmin Ali,"katanya.Dakwa Azmin UMNO cuba dan mereka gagal sehingga kini untuk melagakannya dengan Khalid."Saya ucapkan good luck kepada mereka (Umno). Saya akan terus menumpukan usaha saya bersama Tan Sri Abdul Khalid bagi memantapkan jentera parti dan juga kerajaan menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.Soalnya apa lagi yang Azmin boleh cakap kecuali itu.Apakah beliau perlu mengesahkan segala dakwaan sekalipun orang kanannya,Suhaimi sudah 'memberontak' mengeluarkan kenyataan menghentam Faekah secara terbuka.Krisis dikalangan pimpinan pakatan pembangkang semakin menjolok mata akhir-akhir ini.Apa yang berlaku dalam kerajaan PAS Kedah dimana dua ahli Exconya memberontak terhadap Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak masih segar dalam ingatan.Keruhnya keadaan hingga seluruh pimpinan PAS pusat terpaksa berkejar ke Kedah untuk membantu meredakan keadaan.Akhirnya kuasa Azizan 'dipotong' dengan keputusan mengadakan badan khas PAS Pusat yang akan jadi 'pengawas' pentabirannya.Ini belum lagi masuk isu taiko DAP Karpal Singh berentap dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy.Jawabnya kalau nak pakai cakap Azmin dan pembesar PKR lain,nampak macam ada hantu sedang bergasak dengan hantu di pejabat Menteri Besar Selangor.- 23/6/2012

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana