KJ boleh jadi PM kelak - Zainuddin Maidin

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin meletakkan keyakinan penuh kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak dalam mencaturkan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak terjejas.Khairy terdahulu pernah melakukan kesilapan pada peringkat awal namun kemudian diberikan peluang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membetulkan kesilapan lalu. "Khairy Jamaluddin dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidaksetabilan politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya.Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.Selain itu Zam menyifatkan Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. Bakat dan karisma politiknya terserlah. Keupayaannya sebagai pemidato dan jaguh perdebatan dalam Parlimen dan di depan umum menyerlah. Kepetahan bercakap, pengetahuan mendalam dalam sesuatu isu, keupayaan intelektulannya dan lain-lain kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin ada padanya. Khairy adalah aset kepada kepimpinan masa depan negara. Anwar telah melakukan kesilapan politik ketika hampir di puncak kuasa, Khairy melangkah salah di tangga awal pendakiannya. "Khairy telah diberikan kesempatan untuk membetulkan langkahnya. Dia seharusnya bijaksana supaya dapat menjadi perdana menteri di hari tua," 1 M percaya khairy boleh melakukan itu semua untuk masa akan datang...dengan kebijaksanaan bercakap isu isu berbangkit.TAHNIAH...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana