KEJUTAN….Ahli Parlimen dan pakar nuklear PAS sendiri ‘tembak’ pembangkang ditengah kehangatan debat Lynas di Dewan Rakyat

Dewan Rakyat menyaksikan drama yang buat pembangkang pengsan habis semasa kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Selasa. Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orangramai. Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor ,Dr Rosli Che Mat ( gambar atas) yang merupakan seorang pakar nuklear bangun mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya. Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu ‘ tembak’ gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat. Dalam itu untuk menghangatkan suasana,sekitar 50 orang aktivis anti-Lynas mengadakan perhimpunan aman di luar bangunan Parlimen.Beberapa orang wakil mereka telah dibenar masuk ke dalam untuk dengan para Ahli Parlimen. Sebelum itu sejurus selesai Pengerusi jawatakuasa khas it,Datuk Seri Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi selesai membentangkan laporannya yang kata kilang itu selamat ,para Ahli Parlimen pembangkang berlumba bangun membahaskannya. Laporan itu antara lain mengesyorkan lesen sementara di beri kepada Lynas agar ia dapat beroperasi dengan seliaan agensi penguatkuasa berkenaan sebelum lesen selanjutnya diberi. Para Ahli Parlimen pembangkang boikot menyertai jawatankuasa berkenaan.Oleh itu ia hanya disertai oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Bebas sahaja. Dr Rosli sebelum ini beberapa kali telah menyatakan pandangannya bahawa tahap radiasi kilang Lynas selamat. Namun tiada siapa menduga beliau ‘ lepas geram’ bangun mencelah di tengah perbahasan di Dewan Rakyat Selasa untuk pertikai pandangan rakan-rakan Ahli Parlimen pembangkang lain.- Sementara itu, Dr Rosli yang ditemui di luar Dewan menegaskan tahap radiasi projek Lynas memang rendah. Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain termasuk jika berlaku kebocoran atau radiasi itu tersebar dalam air perlu diteliti kesannya pad hidupan laut. "Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.," ujarnya. Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar. "Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat," tegas Dr Rosli, Beliau berpendapat syor memberikan TOL sementara untuk Lynas beroperasi wajar kerana pemantauan boleh diteruskan dalam masa tersebut. Dalam perbahasan,Ahli Parlimen BN Kinabatangan,Datuk Bung Mokthar Radin secara terbuka membidas Ahli Parlimen pembangkang lain yang tidak mahu terima pandangan pakar Dr Rosli. Katanya jelas ada sesuatu yang tidak betul tentang mereka jika pandangan Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang ada kepakaran tentang hal itu tidak boleh diterima. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali dalam perbahasanya berkata dari pemerhatian beliau kebanyakan mereka yang aktif menentang projek Lynas terdiri dari bukan Melayu. Beliau bimbang ada agenda tertentu tersirat disebalik tindak tanduk mereka kerana kebanyakan dari pakar dan saintis yang berkerja dengan Lynas terdiri dari orang Melayu. Ibrahim kesal melihat sikap hipokrasi pembangkang kerana kalau dilihat di negeri yang mereka tabir terdapat banyak tidak betul dari segi pengajaan alam sekitar.Ini termasuk isu air Sungai Kelantan yang kotor. Dalam kontek Lynas,beliau yakin kerajaan mana pun mahu yang terbaik untuk rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang menjejaskan kesihatan rakyat. Katanya semua pihak harus mengambil sikap adil tak kira pembangkang jika ada sesuatu yang baik semua pihak harus sokong. Ibrahim bersetuju dengan pandangan beberapa Ahli Parlimen BN,pembangkang sangat bimbang jika projek ini berjaya dan sebaliknya mengunakan isu Lynas untuk matlamat politik jangka pendek bagi menghadap pilihanraya umum ke 13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana