Jenazah ibu Jamil Khir selamat disemadikan...AL-FATIHAH

KUALA LUMPUR: Jenazah Hasiah@Halijah Ahmad, ibu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selamat disemadikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini petang ini.

Sebelum itu, jenazah Hasiah, 71, disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah pada kira-kira 1.30 petang yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang tiba pada 1.15 petang, menziarahi jenazah Hasiah dan menunaikan solat Zohor sebelum menyertai solat jenazah bersama-sama 300 jemaah.
Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Allahyarham Hasiah yang meninggal dunia akibat sakit tua pagi tadi, meninggalkan suami Baharom Ramli, 76, tiga anak dan 15 cucu. Jamil Khir adalah anak sulung pasangan itu.

Hasiah, dari Yan, Kedah, koma akibat angin ahmar selama 11 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di kediaman Jamil Khir, di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh.

Jamil Khir, ketika ditemui, pemberita selepas majlis pengkebumian redha dengan pemergian ibu tersayangnya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib, Menteri Kabinet serta saudara mara dan sahabat handai yang menziarahi jenazah ibunya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana