Isu 'pecat' Faekah: MB tak adakan sidang akhbar...Apa Dah Jadi NI

Sekumpulan wartawan yang menunggu untuk membuat liputan mesyuarat Exco Selangor hari ini hampa apabila diarahkan bersurai dengan alasan tidak ada sebarang sidang media akan diadakan seperti kelazimannya.pihak pejabat SUK negeri, tiada jemputan dihantar kepada media untuk membuat liputan mesyuarat exco hari ini lantaran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersidang di Parlimen di sebelah pagi dan mesyuarat tersebut yang diadakan pada sebelah petang akan berakhir lewat petang. Sebelum ini, Abdl Khalid menjadi tumpuan apabila wartawan cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya berhubung isu-isu yang membelenggu rakyat. Ini termasuk isu air dan tindakannya mahu menggadaikan tanah Universiti Industri Selangor (Unisel). Adalah dipercayai tindakan exco Selangor tidak mengadakan sidang media adalah untuk mengelak daripada menjawab soalan kumpulan wartawan. Selain isu negeri Selangor, pergolakan dalaman antara ahli parti PKR di negeri itu juga dikatakan mencuri tumpuan. Baru-baru ini media di alam maya melaporkan pelbagai aduan dilemparkan terhadap Setiausaha Politik MB, Faekah Hussin dan ramai ahli termasuk penjawat awam mahu beliau dipecat. PAKATAN RAKYAT SUDAH PENING KEPALA UNTUK MEMIKIRKAN LAH TU...SERABUT KOT?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana