Hello Anwar... Sumpah dulu kalau hendak berdebat...

Membaca cabaran debat terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan saya jadi geram dan sekaligus kelakar. Geram dengan kerenah Anwar yang tidak habis-habis nak tunjuk kepada orang satu-satunya kemahiran beliau iaitu bercakap.
Dan kelakar apabila mengenangkan sampai ke tahap meroyan rupanya Anwar nak berdebat dengan Najib, tidak sudah-sudah dan asyik ulang perkara itu saja.Saya ada dua teori, kenapa Anwar meroyan hendak berdebat dengan Najib.Pertama sebab dia hendak keluar TV dan tunjuk kepada orang ramai kepetahannya berbicara.Kedua sebab Anwar hendak jadikan penampilan dia dengan PM sepentas itu sebagai 'pembersih diri' dari segala tuduhan selama ini, dalam kata lain, recognition.
Saya cuma nak bagitahu Datuk Najib, kalau Anwar nak sangat keluar TV dan tunjuk kepetahannya, saya cadangkan tawaran dibuat oleh mana-mana stesen television tempatan untuk menyiarkan upacara sumpah laknat mengikut lunas-lunas Islam oleh Anwar bahawa bukan beliau di dalam video seks yang dihebohkan itu.Saya hendak cadangkan bagi dia masa sejam untuk berceramah apa saja selepas bersumpah laknat mengikut lunas-lunas Islam itu.Kalau Anwar tidak mahu sumpah itu dulu maka Datuk Najib pun jangan layan desakan Anwar dan kuncu-kuncunya berdebat, buat kering, macam mana Anwar buat kering desakan bersumpah...

Sumpah laknat video seks itu penting, dan perlu disegerakan, sebab satu dunia boleh akses video yang ada dalam internet tersebut, dan ramai hendak tahu mamat yang tunggang langgang balun amoi itu Anwar atau tidak.Walaupun ada kajian pakar imej antarabangsa membuktikan 99.99 peratus gambar tersebut adalah beliau, namun Anwar buat muka tebal tak mengaku sampai sekarang.
Anwar kaki ceramah, siang malam ceramah, sampai hari ini tidak berani bersumpah bukan dia dalam video tersebut. Bersumpah ini adalah perkara paling senang jika kita tidak bersalah.
Bersumpah kalau kita dipihak yang benar jauh lebih mudah dari hendak berdebat. Sebab itu saya fikir Anwar patut bersumpah menggunakan nama Allah dan mengikut lunas-lunas Islam bahawa bukan beliau dalam video seks tersebut sebelum layak hendak cabar PM berdebat.
Bukan apa, takut nanti malu PM, dikatakan sebagai satu-satunya PM di dunia yang berdebat dengan 'aktor' video lucah.
Dan video lucah bukan satu-satunya beban moral Anwar, selain itu ada dua tuduhan liwat di mahkamah dalam tempoh 10 tahun, menang kalah soal lain, sebab kalau ikut rekod mana-mana pemimpin dalam dan luar negara pun, yang ada kes skandal seks, letak jawatan dulu, sebab ia bukan kes main-main apatah lagi bila kita adalah pemimpin.Tapi Anwar istimewa sikit, dia tetap jadi ketua pembangkang walaupun ada video seks, ini kerana pembangkang tiada tokoh lain yang pandai bercakap macam Anwar.Keupayaan utama Anwar adalah bercakap untuk menyakinkan penyokong-penyokongnya memang diakui lawan dan kawan. Ambil saja contoh macam mana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak kata bukti video tidak boleh jadi saksi kes zina sebab 'video besi'.Punya taksub kepada Anwar sampaikan tidak terima pembuktian video sebab Anwar ada video seks. Habis kalau kes lain macam mana? boleh pakai video ke?Anwar dilaporkan media minta Najib anggap debat dengan dia sebagai hadiah kepada rakyat. Hello, hadiah apa kalau bercakap saja.
Bila saya renungkan, saya rasa ini ada kaitan dengan teori saya yang kedua, iaitu Anwar hendak gunakan pentas debat itu untuk membersihkan dirinya dari segala tuduhan baik video seks, liwat, pengkhianat dan segala macam lagi.Kesudian PM terima cabaran berdebat adalah bermakna PM recognise Anwar, itulah yang dia hendak, recognition.Sebab kalau setakat hendak berdebat sejam setengah tidak akan ada masalah selesai. Berdebat ini lawan bercakap, apa masalah selesai apabila kita lawan bercakap?Ingat lagi debat Khairy Jamaluddin dengan Datuk S Ambiga baru-baru ini, apa jadi bila Khairy berjaya jawab dan patahkan segala hujah Ambiga?Apakah pembangkang mengakui hujah-hujah Khairy mengenai SPR dan kembali berunding dengan rasional dengan suruhanjaya tersebut? Tidak ada apapun yang berlaku kan...

Begitu juga debat PTPTN Khairy dengan pemimpin PKR Rafizi Ramli, apa jadi lepas debat itu, PTPTN diturunkan, PTPTN dihapuskan? tidak ada apapun, banyak lagi perkara berfaedah boleh buat dari berdebat tanpa menyelesaikan sebarang masalah.Akhirnya, saya cadangkan, dengan Anwar ini, tok sah bagi muka, orang macam ini jangan dilayan macam kita layan kawan-kawan lain. Orang macam Anwar inilah yang peribahasa Melayu dulu-dulu gambarkan sebagai 'bagi betis, hendak paha,

Comments

nonbal said…
Betul tu bro... jangan kotorkan pentas dgn kehadiran pelakon porno dan penzina.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana