Guruh perang proksi kerajaan PKR Selangor... Habis Lah Kali Ini

Ramai yang kini sedang mengintai ke Selangor.Ini gara-gara macam ada nak bergusti sakan.
Rupanya ada pergelutan kuasa dalam kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjadi bahan bualan sana sini.Ikut ceritanya ia bagai satu perang proksi - disebelah pihak Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin manakala satu lagi pihak orang-orang Azmin Ali.Apa tidaknya..melihat kepada rancaknya gerakan 'pukul' Faekah kebelakangan ini, ramai ahli PKR tertanya-tanya berapa beliau boleh bertahan dari desakan supaya meletak jawatan. Umum tahu tidak ada sesiapa yang survive dalam PKR jika sudah berlaga angin dengan orang nombor duanya Azmin Ali.
Tetapi apa masalah PKR Selangor dengan Faekah? Ada dua teori yang diberikan oleh ahli-ahli parti tersebut. Pertama sebab Faekah tidak dengar cakap Azmin yang secara harikinya adalah orang nombor satu PKR di Selangor.

"Faekah jenis yang tidak boleh dilentur oleh Azmin untuk bawa isu-isu membabitkan kepentingan parti ke pejabat Menteri Besar. Faekah tak dengar cakap Azmin yang juga Ketua PKR Selangor, itu sebab ramai budak-budak Azmin 'berbulu' dengan dia,"Faekah sendiri masih mendapat kepercayaan bossnya Khalid Ibrahim.Kepada media Khalid minta isu berkaitan gerakan menjatuhkan Faekah ini diabaikan sebab tidak bawa manafaat kepada PR.Tapi berapa lama Khalid hendak mempertahankan Feakah jika serangan demi serangan terus berlaku. Kalau ikut teori politik, jika usaha menjatuhkan Faekah ini sehingga menjejaskan MB, macam kapal hendak karam, muatan akan dibuang terlebih dahulu.Kita tengok, sama-sama tunggu, siapa yang lagi hebat politik PKR di Selangor, Faekah atau Azmin...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana