Gambar MB Perak berbasikal tinjau masalah rakyat...Hebat Dan Terbaik

Di masa-masa akan datang, jika anda melihat sekumpulan lelaki sedang berbasikal lengkap memakai pakaian dan topi melambai-lambai ke arah anda, jangan pula anda fikir mereka ada niat yang tidak baik atau cuba nak mengusik anda.Mereka adalah lelaki istimewa yang menghabiskan banyak dari masa tidor turun padang melihat permasalahan rakyat sekaligus menghulurkan bantuan menyelesaikannya.Kumpulan lelaki berbasikal ini ialah sebahagian dari program Kayuhan Jelajah Janji Ditepati berbasikal bersama rakyat yang diketuai Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir bertujuan menjelajah ke setiap ceruk.kumpulan ini yang diketuai Menteri Besar mengalihkan venue dari Ipoh ke luar dari lembah kinta.Ini adalah pertama kali mereka berkayuh di luar bandaraya Ipoh. Satu pengalaman yang sama sekali berbeza sehingga pengalaman manis ini diakui Dr.Zambry sendiri.Semasa program ini dimulakan, Menteri Besar yang disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Puat Nayan, Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim dan lain-lain berbasikal sambil meninjau ke kawasan perumahan awam Kinta, Taman Cherry dan juga Ashby road.Konsepnya mudah: Bagi Menteri Besar berbasikal dengan rakyat dapat melihat flat atau perumahan awam di kawasan-kawasan berkenaan.Program pagi tadi, bermula apabila Menteri Besar dan rombongan memulakan kayuhan dari Jambatan Tuanku Bainun, Kampung Acheh sebelah UNiKL MIMET ke Pengkalan Baru, yang jaraknya lebih kurang 25 km.Kerana mengambil kira faktor cuaca, mereka memulakan kayuhan lazimnya.
Memang Terbaik yang dibuat oleh MB PERAK ini untuk mendekati rakyat bawahan...semoga akan datang rakyat akan memberi balasan kepada BN dan UMNO untuk di masa akan datang.SYABAS DR ZAMBRY UNTUK RAKYAT PERAK.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana