Dr. Mahathir Pun Pening Kepala tidak faham Dengan Anwar...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak faham mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.Beliau turut tertanya-tanya mengapa Anwar tidak mengulangi tindakan sama yang pernah dikenakan terhadap beliau sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara tersebut. Pada masa sama, beliau juga mempersoalkan tindakan berdiam diri Anwar tidak menyaman ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang kini lantang memperjuangkan isu tersebut."Beliau pernah saman saya RM100 juta disebabkan itu saya tidak boleh berkata apa-apa terhadap beliau disebabkan kes ini dirujuk ke mahkamah. "Ternyata, Anwar amat prihatin dengan reputasinya biarpun saya hanya mengulangi penghakiman oleh mahkamah ia dianggap sebagai satu kesalahan," tindakan berdiam diri ketua pembangkang itu mengenai pendedahan Abdul Murad baru baru ini serta dakwaan Ummi Hafilda bahawa beliau menyimpan dan memiliki bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar serta kekayaan abangnya selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana