Contohi Malaysia tangani rasuah...Pembangkang saja Saja Buat BODOH...

Pengasas Bersama Transparency International, Michael J. Hershman berkata, ini kerana kebangkitan rakyat di dunia Arab yang dikenali sebagai 'Arab Spring' itu merupakan satu penolakan tegas terhadap gejala rasuah. pendekatan Malaysia melalui penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2008 telah mencapai kemajuan dengan memberi tumpuan kepada pendekatan pembaharuan dalam kerajaan, masyarakat awam dan ruang lingkup perniagaan.''Satu sistem antirasuah yang benar-benar berkesan mesti mempunyai 'pemegang taruh' daripada semua peringkat masyarakat yang bekerja bersama. Untuk itu, kerajaan Malaysia telah bekerja keras dengan melibatkan komuniti perniagaan dan masyarakat awam dalam usaha-usaha menangani rasuah.''Ia termasuk menggalakkan syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) menandatangani satu Pakatan Integriti (IP). Tidak seperti 'janji kosong' negara-negara lain, ikrar itu memberi implikasi yang sebenar,''''Matlamat yang jelas dan komitmen memerangi rasuah telah ditunjukkan dalam Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perkara ini seharusnya diteruskan dari semasa ke semasa dan dicontohi pemimpin-pemimpin lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana