Ceramah Pas tak dapat sambutan...Baru Tahu Ker..Itulah Yang PAS Takuti

ceramah Pas sudah tidak mendapat sambutan rakyat sejak akhir-akhir ini dan jumlah yang hadir berkurangan setiap kali ceramah diadakan.ceramah Pas berperanan sebagai penanda aras kepada kekuatan parti itu, namun perubahan ketara kebelakangan ini menggambarkan sokongan Pas di bahagian itu juga sudah mula luntur. “Melalui pemerhatian, tidak ramai pergi program ceramah walaupun penceramahnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Keadaan ini berbeza dengan dahulu. “Keadaan ini berlaku dalam beberapa siri ceramah termasuk dua bulan lalu apabila ceramah yang dihadiri Abdul Hadi dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pun tidak mendapat sambutan,”Pas telah menggunakan cara memperbanyakkan tazkirah Maghrib di masjid untuk menyampaikan dasar perjuangan mereka kepada orang ramai, berikutan kehadiran bagi mengisi kekecewaan mereka terhadap sambutan di ceramah umum. Beliau berkata, kaedah itu turut berubah dengan menjemput individu tertentu ke ceramah mereka seperti penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan artis yang sudah berhijrah dengan imej lebih islamik. “Tetapi kita tidak tahu sama ada yang datang itu benar-benar mahu dengar ceramah Pas atau sengaja ke program itu kerana ingin mengikuti artis diminati seperti Bob Lokman yang mendakwa sudah menyertai Pas,”

Comments

Tuan, Blog tuan ada Google Safe Browsing warning. Sila semak.
hangkedee said…
slogan negara Isle ke ISLAM?

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana