Bunuh Altantuya : Najib Tidak Terlibat...Bertaubatlah Siapa Yang Tuduh Selama Ini...
KUALA LUMPUR 1 Jun- Bekas Ketua Polis Negara,
Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah
memanggil kepimpinan tertinggi polis berhubung tuduhan timbalannya, Datuk Seri
Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya
Shaariibuu.Menurut Musa, beliau telah memberikan taklimat
kepada Abdullah (perdana menteri ketika itu) selepas penyiasatan polis selesai
mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada Najib.
“Saya sendiri berikan taklimat kepada Abdullah,
saya katakan yang terlibat dalam kes itu ialah Abdul Razak Baginda serta dua
orang anggota polis (yang telah disabitkan kesalahan).“Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib
terlibat sama? Saya kata jenayah tidak menunjukkan dia terlibat sama,”
katanya.Berhubung dakwaan bahawa isteri Najib, Datin
Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh turut
dinafikan oleh Musa.“Orang boleh spin cerita macam-maca
dengan berkata isteri Najib terlibat sama. Tetapi saya dapati mereka (Najib dan
Rosmah) tidak terlibat,” katanya.
Tambahnya, keputusan untuk mendakwa Abdul Razak
Baginda dan dua orang anggota polis tersebut diambil pada awal tahun 2007.Selain Abdul Razak Baginda, dua anggota polis
Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas
(UTK) telah dihadapkan ke mahkamah.
Pada 9 April 2009, Azilah dan Sirul Azhar
didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati manakala Abdul Razak Baginda
didapati tidak bersalah dan dibebaskan.Rayuan yang difailkan oleh Azilah dan Sirul
Azhar terhadap hukuman tersebut dijadualkan akan didengar pada bulan Ogos
ini. Altantuya dijumpai mati pada 18 Oktober 2006 di
sebuah lokasi di Shah Alam selepas ditembak dan diletupkan.

Comments