BR1M:Ada harapan dapat lagi...TPM cadangkan kepada kabinet ia diteruskan

imbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata beliau telah mencadangkan dalam mesyuarat Kabinet,semalam Rabu supaya kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan dalam Bajet 2012.Bantuan sebanyak RM500 diberikan golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Beliau memberitahu demikian semasa berucap di majlis Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa Jeram,Selangor bersama Warga Pendidik dan masyarakat tempatan pagi Khamis.
Muhyiddin adalah dalam rangka lawatan sehari ke beberapa tempat sekitar Selangor.

tpm-melawati2x
"Semalam dalam kabinet kita bincang hal itu.Saya beritahu (cadangkan) kepada Perdana Menteri kalau agak kita ada duit lebih sikit..kita buat sekali lagilah.Tak taulah itu saya punya pandangan...dia (Perdana Menteri) senyum saja.Muhyiddin berpandangan kerajaan sudah ada sumber tetapi kadang-kadang tidak dikutip."Bila Perdana Menteri arahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tahun lepas tingkatkan kutipan...dia (LHDN) dapat tambah RM26 billion ,"katanya.

tpm-melawati3x
Sementara itu menjawab soalan wartawan mengenainya semasa sidang akhbar selepas satu majlis di Sekolah Menengah Taman Melawati,Hulu Kelang,Timbalan Perdana Menteri berkata beliau cuma membuat cadangan itu selepas penilaian dibuat keatas apa yang kerajaan Barisan Nasional buat selama ini."Salah satu yang berkesan ialah BR1M.Kita sudah belanja RM2 billion.Muhyiddin berkata beliau serahkan kepada Perdana Menteri putuskan soal itu.

tpm-melawati4x
"Kalau beliau murah hati...ada lebih sumber kewangan...PM akan putuskan,"katanya.
Beliau memberitahu rmai pihak yang bangkitsoal BR1M kerana ia dapat bantu kurangkan kos hidup.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana