BN dijangka tiada masalah kekal di Perak....Inilah Yang Mahu Dengar Ni

Timbalan perdana menteri sepatutnya berpuas hati dengan kehadiran yang sebegitu ramai itu. Namun jika diamati, sebahagian besar yang hadir adalah hanya penduduk Melayu India. Ini bukannya satu petanda yang baik kerana Perak mempunyai bilangan penduduk Cina yang agak besar. Daripada 59 kerusi dewan undangan negeri Perak, kira-kira 23 mempunyai penduduk majoriti Cina. Justeru, untuk kekal berkuasa, undi mereka cukup penting.Sebanyak 36 kerusi lagi dianggap sebagai kerusi majoriti penduduk Melayu/Islam. Kira-kira 24 daripada kerusi berkenaan berada di luar bandar dan pinggir bandar dengan 30 peratus atau kurang daripadanya adalah pengundi bukan Melayu. Sekali lagi, masyarakat Cina mampu mengubah senario politik di Perak. Pada pilihan raya umum 2008, BN menang 28 kerusi manakala Pakatan merampas 31 kerusi. Pakatan berjaya mendirikan kerajaan negeri. Bagaimanapun ia hanya bertahan selama 11 bulan sahaja iaitu dari Mac 2008 hingga Februari 2009 apabila tiga wakil rakyatnya berpaling tadah. Justeru, pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, pertarungan merebut 24 kerusi marginal berkenaan dianggap sengit. Lebih-lebih lagi pada pilihan raya lalu, kerusi-kerusi itu dimenangi dengan peratusan undi yang cukup kecil iaitu antara 5 hingga 10 peratus sahaja. Bermula pilihan raya kecil di Bukit Gantang pada 2009, walaupun Pakatan berjaya merampas kerusi itu dari BN, namun trend pembangkang yang kehilangan peratus sokongan pengundi Melayu dilihat semakin melebar. Trend berkenaan dikatakan berterusan dan PAS serta PKR diramalkan akan teruk terjejas kerana ia lazimnya bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. PKR juga menghadapi risiko kerana ia bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi berbilang bangsa manakala DAP dijangka tidak menghadapi laluan sukar kerana ia bertanding di kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi Cina.Namun, kegigihan BN menggempur kubu Pakatan dan keprihatinan kerajaan pusat dalam membantu rakyat amat dihargai. Ini cukup membimbangkan pemimpin Pakatan. Antara program yang dianggap berkesan adalah pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan secara beperingkat sejak 15 Januari lalu.Rakyat juga sudah boleh membezakan antara kaca dan permata. Mereka boleh menilai yang mana satu keikhlasan dan yang mana sandiwara pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib mereka. Berdasarkan perkembangan itu, peluang BN terus kekal di Perak masih cerah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana