BN akan penuhi aspirasi rakyat:Inilah Pakatan Rakyat Makin Panas Bontot Tu

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan aspirasi rakyat, terutama golongan muda, dipenuhi. Perdana Menteri memberi jaminan kehidupan rakyat akan lebih baik berbanding sekarang jika BN diberi mandat untuk terus memerintah. "Hari esok akan lebih daripada hari ini. Kami sudah membuktikan bahawa kami mampu melakukannya. "Golongan muda mahukan peluang untuk kehidupan yang lebih baik. BN boleh memenuhi aspirasi mereka." katanya pada sesi temubual secara langsung NSTLIVE di Balai Berita di sini, tengah hari tadi. Beliau ditanya seorang peserta apakah yang mampu dijamin BN jika pengundi muda memberikan mandat kepada kerajaan. Kepada soalan peserta sama bagaimana beliau beliau akan mengimbangi pilihan antara pemimpin lama dan baru kerana 40 peratus adalah pengundi muda sedangkan calon lama mempunyai kelebihan menggerakkan jentera pilihan raya, Najib berkata: "BN perlu memantapkan diri dengan memilih bakat baru dan pada masa sama memamastikan kelangsungan dengan mengekalkan sebilangan pemimpin masa kini yang masih popular dengan rakyat." Ditanya kenapa beliau yakin BN dan UMNO akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Najib berkata keyakinan itu berdasarkan maklum balas daripada rakyat sendiri apabila bertemu mereka dalam banyak pertemuan di seluruh negara. "Saya percaya tahap keyakinan terhadap kerajaan sudah meningkat kerana kami sudah membuktikan menerusi dasar trasformasi negara bahawa kami boleh memberikan apa yang rakyat mahu untuk negara," katanya. Ditanya pandangan beliau mengenai cakap-cakap bahawa sukar untuk BN menawan kawasan bandar, terutama pengundi Cina, Perdana Menteri berkata BN perlu terus mendekati pengundi bandar termasuk pengundi Cina. "Mereka perlu faham bahawa masa depan mereka akan lebih baik dengan Barisan Nasional kerana kami boleh memastikan keamanan, kestabilan, harmoni dan kemakmuran," katanya. Semasa sesi itu, Perdana Menteri juga menerima beberapa soalan mengenai tarikh PRU13. "Saya sedang melihat segala kemungkinan. Anda ada sebarang cadangan?," katanya menjawab soalan seorang peserta. Ditanya seorang peserta lain apakah PRU13 akan diadakan sebelum atau selepas Hari Raya Puasa, Najib berkata: "Apa pilihan anda?"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana