Bersih 3.0: Empat Mohon Bicara....Layan Di humbang Kedalam Gaung Saja

Tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi tuduhan mengakibatkan kecederaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.Kesemua mereka, Farhan Ibrahim, G.N. Rajesh Kumar dan Tangam Raju mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menjadi ahli kumpulan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf pada 26 April.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.Sementara itu seorang lagi peserta demonstrasi Bersih 3.0, Mohd Safuan Mamat, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada wartawan Mohd Azri Mohd Salleh.Hakim menetapkan tarikh perbicaraan bagi Farhan, Rajesh dan Tangam pada 2 Julai depan manakala tarikh perbicaraan Mohd Safuan ditetapkan pada 4 hingga 7 September depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana