Anwar Berang Diajukan Soalan Mengenai Ummi Hafilda

IPOH, 24 Jun 2012 - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak untuk menjawab dakwaan Ummi Hafilda Ali mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion. Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? Tiada standard". Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan nada sedikit berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan. "You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini, semalam. Sebelum itu, Ummi Hafilda mendakwa mempunyai bukti baru dalam mengaitkan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar RM3 bilion dan telah mengemukakan bukti baru ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ahli perniagaan ini turut mendedahkan hubungan seorang wanita misteri dengan Ketua Pembangkang itu. Beliau mendakwa wanita misteri tersebut memiliki 62 hartanah mewah kebanyakannya di Pulau Pinang dan dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM50 juta ini cukup dikenali oleh Anwar. Ummi Hafilda turut memberiitahu SPRM cukup teruja dengan bukti-bukti baru ini malah mengesahkan mereka tidak pernah mempunyai sebarang bukti mengenai wanita ini atau 62 hartanah terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana