Al Fatihah... Koperal Mustaghni yang koma meninggal dunia

Anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Koperal Mustaghni Tabir, 48, meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norizan Shahidin, 53, dan dua anak.Mustaghni cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini.Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang mengesahkan perkara itu pada satu sidang akhbar berkata, Mustaghni meninggal dunia pukul 11.45 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Ahad lepas, Mustaghni yang sedang bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal terbabit menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat.Mustaghni kemdudianya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Jenazah akan dibawa ke beret polis Taman Sri Andalas Klang.
SEDARLAH MAT REMPIT SEMUA....ANGGOTA POLIS ADA JUGAK PERASAN DAN KELUARGA DAN ANAK UNTUK BELAJAR.SEDIHNYA MELIHAT KEADAAN BERGINI RUPA MAT REMPIT INI YANG SEMAKIN BERTINDAKLIAR PADA ANGOTA POLIS....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana