Ada Apa Apa Ker....Dr. Wan Azizah tidak restu Faekah letak jawatan

Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin tegang apabila desakan daripada pemimpin dalaman parti itu agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletakkan jawatan tidak direstui Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Ini apabila Wan Azizah dilihat memberikan sokongan yang kuat kepada Faekah agar terus menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik iaitu sikap sama ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertahankan pegawai kanan pentadbirannya itu.Malah, Faekah menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan esok tidak melemahkan semangatnya dan rakan-rakannya di Pejabat Menteri Besar.Beliau memberitahu, Abdul Khalid masih lagi memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas seperti biasa dan soal peletakan jawatan langsung tidak disebut ketika berjumpa Menteri Besar itu semalam, malah beliau diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana