80 bekas pemimpin, ahli PKR Beaufort sertai BN

BEAUFORT 7 Jun - Seramai 80 bekas pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort hari ini bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di sini.Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Lajim Yusoff berkata, keputusan menyertai BN kerana percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

"Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah," katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Don di Kampung Limbawang di sini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana