15 NGO Berdemo Desak Dakwaan Anwar Miliki RM3 Billion. .....

Muka Anwar tak tahu malu.....inilah jadinya terlalu taksub SEPANG 24 Jun - 100 wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) Sepang hari ini berkumpul secara aman di Perhentian Bas dan Teksi Bandar Baru Salak Tinggi di sini bagi meminta siasatan dilakukan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memiliki akaun berjumlah RM3 bilion. Mereka adalah wakil 15 NGO di sini termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Persatuan Silat Sepang, Kelab Sahabat, Persatuan Belia Tamil dan Kelab Veteran MAYC Sepang. Mereka yang mula berkumpul seawal jam 9 pagi dilihat membawa sepanduk yang antaranya mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Anwar, malah lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Suara Keadilan turut dibakar pada perhimpunan itu, Bercakap kepada pemberita selepas itu, Pengerusi PEKIDA Sepang dan Badan Badan Sukarela Daerah Sepang, Mohamed Jaman berkata, tujuan perhimpunan itu adalah bagi mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM menjalankan penyiasatan terhadap kes tersebut, sepertimana yang didedahkan media baru-baru ini. Mohamed turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang selepas perhimpunan itu. Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya kira-kira 13 tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana