Ummi: Jangan sebut perjuangan jika abaikan keluarga

"Berhenti bercakap tentang idealisme perjuangan rakyat jika tidak mengutamakan keluarga".
Kata-kata itu diungkap adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda yang kesal dengan sikap pemimpin tertinggi pembangkang itu kerana enggan bertemu dengan ibu kandungnya.

Justeru Ummi menyifatkan institusi kekeluargaan sebagai tunjang utama yang harus dijadikan pegangan oleh pemimpin di negara ini agar mampu mentadbir negara dengan baik."Kalau hubungan dengan keluarga tidak dijaga macam mana hendak jaga nasib rakyat."Sebagai orang Islam, dan apabila kami sekeluarga tidak mahu bersubahat dengan dia, dia buangkan kita. Ini bukan caranya sebagai seorang pemimpin.

"Saya cabar Azmin jika nak jadi pemimpin, dia kena berbaik dengan keluarga dia, dan jika dia berkata saya fitnah, saya akan saman dia balik," katanya.Justeru beliau menyarankan agar Azmin menemui ibunya, Che Tom Yahaya dan kembali ke pangkuan keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana