ULASAN DR HASAN ALI MENGENAI ISU HUDUD PAS.....

Saya tersentak membaca ulasan Dato Seri Presiden PAS mengenai gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Dato Harun Taib mengenai hudud kelmarin. Dato Seri Presiden menyebutkan bahawa gesaan ikhlas yang keluar daripada mulut Ketua Dewan Ulama tersebut di anggap sebagai pandangan peribadi yang tidak mewakili pandangan parti.

Saya benar-benar terkejut dan terus meneliti komen presiden PAS itu. ...Setahu saya antara orang yang paling dihormati oleh Dato Seri Presiden di dalam saf kepimpinan PAS adalah Dato Harun Taib. Dato Harun Taib bukan sahaja merupakan rakan sefikrah sejak dari awal remaja bahkan sentiasa bersama jatuh bangun dalam arena politik. Hubungan mereka lebih dari aur dengan tebing.

Komen Dato Seri Presiden seperti yang digambarkan dalam akhbar tidak dapat saya mempercayainya. Saya tidak pernah terfikir ulama besar seperti Ustaz Hadi boleh melemparkan pandangan yang agak negatif mengenai rakan sefikrahnya, Dato Harun Taib. Bagi saya komen seperti itu bukan sahaja menjatuhkan martabat kawan seperjuangan tetapi boleh dilihat sebagai usaha tersembunyi untuk melaga-lagakan kedua-dua pemimpin utama parti Islam tersebut.

Bagi saya pandangan Dato Harun Taib sebagai ketua satu dewan yang terpenting dalam PAS adalah adil dan bertepatan dengan masa dan tempatnya. Gesaan beliau supaya hudud dan syariat Islam mesti dijadikan agenda utama kepada perjuangan PAS yang terus berada di dalam Pakatan Rakyat mesti diberi kekuatan baru oleh ahli dan penyokong parti. Beliau pergi lebih jauh dengan mengatakan seandainya rakan komponen dalam Pakatan Rakyat tidak sanggup memberi kerjasama dalam melaksanakan hudud, beliau tanpa teragak-agak menyatakan perlunya PAS mencari rakan gandingan baru yang boleh menerima perlaksanaan hudud.

Saya juga yakin gesaan yang dibuat oleh Dato Harun Taib itu bukan gesaan yang terpencil. Saya mempunyai keyakinan sekiranya ada cara memperoleh pandangan dan pendapat ahli dan penyokong parti, besar kemungkinan gesaan Dato Harun Taib itu diterima secara meluas oleh ahli dan penyokong parti.

Apapun, hati kecil saya masih tegas membisikkan bahawa komen yang dilontarkan oleh Dato Seri Presiden bukan merupakan cetusan idea pemikiran dan aspirasi beliau sendiri, tetapi besar kemungkinan akibat pengaruh, desakan dan tekanan orang-orang disekililing beliau yang terdiri daripada parasit-parasit dalam parti. Bagi mereka, membantu DAP dan PKR memenangi Putrajaya dengan apa cara sekalipun adalah lebih diutamakan daripada perlaksanaan hudud dan syariat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana