Sekolah Pondok Minta Majlis Fatwa Keluarkan Fatwa Mengenai Perhimpunan Bersih 3.0

Gabungan sekolah-sekolah pondok Kelantan yang dikenali sebagai "Minda Pondok" hari ini meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi mengenai perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang pada Sabtu lalu yang telah mencetuskan kekacauan dan kecederaan."Kami juga merumuskan kenyataan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) yang mewajibkan umat Islam menyertai perhimpunan itu juga adalah salah di sisi Islam,"
Mohamed Zainal Abidin yang mendakwa dirinya anggota PAS berkata Minda Pondok amat sedih dengan kenyataan Nik Aziz itu yang menyebabkan ada penyokong PAS terutamanya telah bertindak di luar batasan pada perhimpunan tersebut."Sepatutnya Nik Aziz membersihkan banyak perkara dalaman pembangkang seperti isu moral (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan bersihkan (selesaikan) isu air di Kelantan daripada mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan itu,""Kami berpendapat apa yang dilakukan Nik Aziz itu hanya demi nafsu dan politik semata-mata dengan tidak mengambil kira masa depan umat Islam dan rakyat keseluruhannya demi mahu pembangkang ke Putrajaya,""Zalimkah mereka yang membina masjid untuk rakyat. Zalimkah kerajaan yang membantu rakyat seperti BR1M dan bantuan persekolahan. Pada kami dari Minda Pondok, sama sekali tidak nampak di mana zalimnya kerajaan yang memerintah pada hari ini,"Beliau berkata anggota PAS daripada Minda Pondok menyokong perjuangan untuk menyatukan PAS dan Umno tetapi menentang sekeras-kerasnya kerjasama PAS dengan DAP yang jelas tidak menyokong Islam."Kami sedih dan kecewa PAS lebih mahukan DAP untuk berkawan daripada mahu bersama Umno yang Islamnya sama, menunaikan haji pun sama, sembahyangnya sama dan ini yang kami sedih kerana perjuangan PAS telah jauh tersasar," katanya.Sehubungan itu beliau mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz untuk berdebat dengan mereka dari Minda Pondok mengenai hala tuju PAS sekarang yang jelas menyeleweng.   
Wakil Minda Pondok yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Tumpat, Mohamed Zainal Abidin Awang berkata menurut satu hadis Nabi Muhammad SAW, adalah haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan yang diketuai pemimpin kafir musyrik."Ini kerana ketua perhimpunan haram itu adalah (Datuk) S. Ambiga yang jelas menentang Islam, menyokong amalan seks bebas LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual), menyokong kes murtad Lina Joy dan sebab itu jika menurut hadis sahih itu adalah haram umat Islam bersama beliau dalam perhimpunan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana