Sebahagian LPT 2 dibuka esok - LLM

KUALA LUMPUR 17 Mei - Sebahagian Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari persimpangan bertingkat Ajil ke persimpangan bertingkat Telemung di Terengganu dibuka kepada semua lalu lintas mulai pukul 10 pagi esok.Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh berkata pembukaan jajaran sepanjang 21 kilometer itu membolehkan pengguna menikmati perjalanan terus ke Kuala Terengganu dengan had laju 110 kilometer sejam, tanpa henti."Ini secara tidak langsung memendekkan tempoh perjalanan dari 1 jam 30 minit kepada 40 minit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pembukaan sebahagian lebuhraya LPT 2 itu juga dapat mengurangkan kadar kesesakan di Jalan Persekutuan 14 pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti persekolahan.Ismail berkata ia juga memberi alternatif kepada pengguna untuk perjalanan lebih cepat dan selesa selain menjana ekonomi di Pantai Timur. - BERNAMA

Comments

Terima kasih share...koho maju la ganung..ganung kite
Unknown said…
BETUL TU DIBAWAH AHMAD SAID KITA

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana