PM Umum Insentif Penting Untuk Peniaga, Penjaja Kecil...Alhamdulilah

Datuk Seri Najib Tun pada Ahad mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.Sebelum ini, penjaja dan peniaga kecil perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan Pemilikan Tunggal dan RM60 bagi Perniagaan Perkongsian, yang perlu diperbaharui setiap tahun.Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus terhadap kadar kompaun bagi pendaftaran lewat perniagaan dan bayaran pendaftaran lewat.Pengumunan tersebut disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malayisia di Dataran Merdeka pada Ahad malam.

Bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang pula, Najib turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu skim insurans berkelompok khusus untuk golongan penjaja dan peniaga kecil selepas proses mengemas kini data pendaftaran golongan itu dibuat."Kalau golongan peniaga ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), jadi beban kos rawatan hospital itu sangat berat pada keluarga."Jadi pada golongan ini, yang pendapatannya tidak tetap, kita kena fikir perlindungan untuk mereka, bukan sahaja pada masa senang, tetapi juga semasa mereka susah, kita tetap jaga kebajikan mereka," katanya.Najib berkata kerajaan akan meneliti semua maklumat berhubung golongan penjaja dan peniaga kecil dan memaklumkan mengenai butir-butir skim insurans itu tidak lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana