PERTELINGKAHAN PAS DAN DAP ISU HUDUD - INI ULASAN DR HASAN ALI

Mengenai percanggahan pendapat tentang perlaksanaan hudud di antara Presiden PAS dan Pengerusi DAP sehingga ini belum ada riak-riak sokongan yang jelas ke atas kenyatan asal yang dikemukakan oleh Dato Seri Presiden.

Ketua Dewan Ulama seperti biasa telah membuka laluan dan memberi jalan kepada pimpinan PAS berbagai peringkat untuk menyuarakan pandangan dan seterusnya merangkakan tindakan yang pat...ut di ambil untuk menebus maruah Dato Seri Presiden, ahli dan penyokong parti.

Saya menunggu-nunggu komen daripada parasit-parasit dalam saf kepimpinan PAS. Biasanya mereka lantang menyuarakan pandangan dan pendapat terutama isu yang melibatkan rancangan besar untuk ke Putrajaya. Setahu saya pimpinan parasit begitu cemburu dengan apa juga kenyataan yang mereka anggap mewakili suara UMNO lantas terus menuding jari mengaitkan isu itu sebagai agenda UMNO.

Dalam hal mengenai hudud ianya bukan agenda UMNO, bukan agenda PKR dan semestinya bukan agenda DAP. Isu hudud adalah agenda PAS. Sejak PAS ditubuhkan hinggalah ke saat ini hudud dan perlaksanaan negara Islam tetap tinggal dalam pemikiran dan jiwa ahli dan penyokong Pas walaupun atas nama setiakawan dalam pakatan mereka tidak ghairah lagi menyebut hudud dan menyebut negara Islam.

Ketua Dewan Ulama telah membuka dan merentangkan jalan. Bagi saya Dato Harun Taib telah membuat kenyataan yang paling jelas dan tegas. Hudud akan terus dilaksanakan dengan melalui proses pindaan perlembagaan. Beliau menambah sekiranya rakan kongsi dalam Pakatan tidak dapat mererima hudud beliau dengan tegas tanpa bersembunyi menggambarkan kesediaan PAS memilih rakan kongsi yang lain yang dapat membantu melaksanakan hudud. Apa lagi yang perlu ditunggu oleh Dewan Muslimat dan pimpinan tertinggi yang lain khususnya dikalangan parasit-parasit.

Bagi saya, gag order yang dikenakan pada pimpinan PAS terhadap isu hudud ini adalah sebagai satu taktik jangka pendek kerana pimpinan PAS terperangkap dengan ketegasan dan kejituan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama. Sekali pandang sikap mendiamkan diri dikalangan pimpinan parasit terutamanya untuk membela Presiden, Ketua Dewan Ulama dan parti Islam itu sendiri boleh ditanggapi sebagai sifat pengecut dan sekaligus membayangkan komitmen sebenar mereka terhadap matlamat asal perjuangan asal parti Islam tersebut. Para parasit masih selesa bermain disekitar human right, pilihanraya yang bersih, mengambil pendekatan yang begitu liberal terhadap isu murtad dan keghairahan ke Putrajaya.

Amat malang bagi sebuah parti Islam yang mempunyai barisan kepimpinan yang semakin liberal dan tidak menunjukkan sokongan padu dan kesungguhan yang jitu untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam di negara ini dan sanggup pula melihat pimpinan ulama mereka di aibkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana