Pengguna nikmati tol percuma sempena pembukaan SKVE seksyen 2

BANTING 29 Mei - Pengguna lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) Seksyen 2 akan menikmati tol percuma selama sebulan sehingga 29 Jun ini sempena pembukaan rasmi laluan itu hari ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.Katanya, laluan 12.9 km menghubungkan persimpangan SKVE Saujana Putra dan persimpangan Teluk Panglima Garang itu secara tidak langsung mampu menjadi pemangkin pembangunan di sepanjang koridor lebuh raya iaitu Bandar Saujana Putra, Kebun Baru, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting.
Menurutnya, lebuh raya empat lorong-dua hala dengan kelebaran 3.65 meter bagi setiap lorong itu dibina dengan penekanan aspek kualiti dan ciri keselamatan seperti dilengkapi sistem pemantauan trafik dan pasukan ronda 24 jam sehari.

"Saya yakin dengan kualiti ini serta kemudahan yang ditawarkan, ia mampu menjadi laluan yang selesa dan selamat kepada pengguna lebuh raya," kata Shaziman dalam ucapan pada majlis perasmian SKVE Seksyen 2 itu di Plaza Tol Teluk Panglima Garang dekat sini hari ini. Ucapannya dibacakan Ketua Setiusaha kementerian Datuk Himmat Singh.Lebuhraya SKVE sepanjang 52km itu mempunyai tiga seksyen iaitu 1A dan 1B, Sekyen 2 dan Sekyen 3 dengan kos RM1.1 bilion. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana