Pengaruh ekstremis Cina halang sokongan kepada BN - Dr. M

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pengaruh kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina menjadi penghalang kepada sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.Jika isu yang dibangkitkan kaum itu seperti sekolah dan pelajaran oleh golongan cerdik pandai, maka pandangan diberikan kumpulan tersebut dilihat lebih mempengaruhi masyarakat tersebut."Ia berbeza dengan golongan pertengahan kaum itu. Apabila pandangan diberikan pihak ekstremis, mereka tidak berani bercanggah kerana takut dihentam semula oleh pihak terbabit yang dilihat lebih mempengaruhi kaum itu.
"Sebenarnya, majoriti kaum Cina menyedari tinggal di Malaysia yang berbilang kaum dan patut mengambil kira kepentingan kaum lain juga. Masalahnya, mereka terlalu takut dan tidak berani melawan apa yang dikatakan pihak ekstremis terbabit sekali gus membataskan sokongan mereka kepada kerajaan," Terkejut dengan penyertaan Tunku Abdul Aziz dalam parti tersebut kerana pemimpin berkenaan mengutamakan integriti, anti rasuah dan berpegang kepada prinsip yang tinggi dalam sifat dirinya.
"Bila dia masuk DAP, saya terkejut sebab saya tak nampak dia seorang yang sesuai dengan DAP. Malah, saya tahu DAP punya cara ini (rasuah) dan bila dia (Tunku Abdul Aziz) ada dalam DAP baru dia tahu gambaran luar nampak cantik dan kemudian di dalam baru tahu cara-cara DAP termasuk cara sogok,"perkara itu dapat disamakan dengan penyokong Pas yang menutup mata, telinga dan mulut untuk memberi sokongan kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa memikirkan apa diperkatakan oleh pemimpin berkenaan. 

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul