Pelancaran PM kemuncak Himpunan Jutaan Belia petang ini

PUTRAJAYA: Sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini tiba ke acara kemuncaknya petang ini dengan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyempurnakan majlis pelancarannya.
Perdana Menteri dijangka tiba di kawasan tapak perhimpunan pada kira-kira jam 3 petang, dan menaiki trem untuk melawat beberapa segmen sebelum ke pentas utama bagi majlis pelancaran.Himpunan Jutaan Belia selama lima hari yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu disasar menghimpunkan kira-kira dua juta golongan belia dengan pelbagai aktiviti mereka, dan ia memasuki hari keempat hari ini.
Perhimpunan yang menampilkan 38 segmen, menyediakan kira-kira 500 aktiviti, tersusun di laluan sejauh enam kilometer yang dilengkapi dengan 24 pentas pertunjukan untuk dikunjungi orang ramai itu disasar menjadi antara 10 karnival tahunan terbesar dunia.

Dalam perutusan Perdana Menteri sempena Hari Belia minggu lalu, Najib berkata, perhimpunan ini merupakan manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk belia mempamer tenaga dan kreativiti masing-masing.Dalam tinjauan mesranya hari ini Perdana Menteri dijangka singgah di segmen-segmen seperti mencanting batik, Little Indian Street, Chinese Youth Cultural Village, dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).Najib yang baru pulang dari lawatan kerja ke United Kingdom dan Amerika Syarikat malam tadi, turut dijadual menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2012 bagi kategori 'Lelaki', 'Wanita', 'Pencapaian Luar Biasa' '1Belia 1Malaysia', dan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012.Tinjauan ke kawasan tapak perhimpunan pagi ini menyaksikan segala persiapan sudah mula diatur, orang ramai telah membanjiri kawasan pelbagai segmen yang disediakan, dan kenderaan bersesak di tempat-tempat letak kereta. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana