PAS salah pilih pemimpin kata Umno,Telajak Perahu Boleh DiUndur Tersilap Undi Badan Binasa

Kepimpinan PAS tidak lagi dilihat mampu mempertahankan prinsip perjuangan Islam berbanding sebelum parti itu menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi Tetap Umno Datuk Badruddin Amiruldin berkata, pemimpin yang dipilih untuk menerajui parti itu seolah-olah sanggup mengenepikan pendirian bersabit undang-undang Syariah semata-mata untuk mengekalkan kuasa dalam pakatan pembangkang.“Di sini kita nampak jelas kalau nak pilih pemimpin, pilihlah yang berprinsip lagi-lagi soal perjuangan Islam, walaupun Islam kita bersederhana tapi kita kena lihat dan tak boleh kompromi. Prinsip mereka yang tak kukuh dan bagaimana kita nak kukuhkan syiar Islam kita kalau prinsip begini,” Justeru Badruddin menyifatkan PAS hilang hala tuju berdasarkan tindakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berkrompomi dengan DAP mengenai hukum Hudud.

“Dalam perjuangan kita kena ikhlas pada prinsip perjuangan bukan boleh kita alih-alih, jadi bermakna PAS sudah kita nampak mereka tidak telus dan ikhlas. Atas desakan, atas sesuatu mereka boleh ubah hala tuju mereka,”

Malah kata beliau, krisis yang dihadapi antara PAS dan DAP itu menunjukkan Pakatan Rakyat sudah tidak sepakat.“Walau ada 3 parti mereka sudah tidak sepakat. Halatuju mereka tidak konsisten dan kalau rakyat pilih mereka akan menyusahkan rakyat,”Badruddin turut berpendapat bahawa tindakan Hadi mengarahkan kepimpinan PAS untuk "tutup mulut" tempoh hari sebagai mengelirukan rakyat.

PAS sebelum ini memberitahu akan melaksanakan hukum Hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara namun tidak akan melaksanakannya  selagi isu-isu seperti kemiskinan, pengangguran dan gaji minima tidak diatasi.Sebelum itu Hadi dilaporkan berkata akan meminda perlembagaan dengan menjadikan Islam sebagai Addin untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya sebagai agama rasmi sahaja.

Hadi kemudian menafikan membuat kenyataan itu namun dibidas Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai Islam tanpa merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana